Friday, August 13, 2010

Nukilan hatiku

Bingkisan Rindu


Ketika tinta ini menari-nari ikut rentak hatiku

Pelbagai perasaan hadir dalam jiwaku

Sering kali bertakhta di hati

tatkala rindu mula berlagu kasih


Diri mu pernah hadir dalam hidupku

Walau hanya sesingkat waktu

Tanpa sempat ku kenal diri mu

Tanpa ku sedari wujudnya diri mu


Meninggalkan ku tanpa sendu

Ku sangka dialah yang sebenarnya

namun, pahit ku telan

Pengganti diri mu sahaja

Mengambil tanggungjawab mu seikhlas jiwa

Kasih yang dicurahkan tanpa cacat celanya

Sehingga berjaya menakluk hati ini

Terima kasih padanya


Tidak berniat ku mencuranginya

Sekadar ingin mencari sesuatu

Yang hadir sekian kalinya

kabur dalam lipatan hidupku


Waktu semakin menginjak

Diriku cukup matang mengenal erti sebuah rahsia

Yang tersimpul mati bakal dimamah usia

Aku mengenal diri mu

Hanya sebagai nama

Tanpa terpatri coretan kasih

Tanpa hadirnya sebuah lukisan

Hidup mu


Suatu tragedi memisahkan kita

Walau tiada sesiapa yang meminta

Sudah suratan antara kita

DIA lebih menyayangi mu

Diri mu hanyalah pinjaman sementara

Dalam hidup ku



Tahukah kau

Aku amat merindui

Rindu akan kasih mu

Rindu ingin menatap wajah suci mu

Memegang erat sentuhan belaian mu

Dan

Mengenal siapa diri mu yang sebenarnya


Hadirlah dalam hidupku

Walau hanya sesaat waktu

Walau hanya sekadar mimpi

Yang tak mungkin menjadi realiti


Ku pasrah

Diri mu sentiasa ku kenang

Dalam setiap sudut doaku

Bersemadilah mu dengan tenang di sisi-NYA

Biarlah kau tiada di mata

Asal kau bersama Pencipta ku

juga Pencipta mu

yang menjanjikan

Pertemuan ku dengan mu

Di syurga milik YANG SATU



Biarlah ku kenang

Lukisan hidup mu

Sebagai memori yang berlagu

kasih

Ayahandaku





CIRI-CIRI PENULISAN KREATIF

1.Wacana pelukisan-menggambarkan perasaan dan pengalamannya

Contoh : a. tatkala rindu mula berlagu kasih

2.Bersifat ketaksaan(ambiguiti)-bahasa yang tersirat

Contoh : a. Meninggalkan ku tanpa sendu

3.Bersifat komunikatif-menggambarkan apa yang dialami dan dirasai

Contoh :a.Pelbagai perasaan hadir dalam jiwaku

b.Aku amat merindui

c.Ku pasrah

4.Bersifat imaginatif dan figuratif-bahasa yang tersirat indah

Contoh :a.kabur dalam lipatan hidupku

5.Bernada puitis-kata-kata yang indah dan lembut

Contoh : a.

Hadirlah dalam hidupku

Walau hanya sesaat waktu

Walau hanya sekadar mimpi

Yang tak mungkin menjadi realiti










3 comments:

  1. salam..

    ini yang saya tunggu-tunggu.. salah satu sajak siber..
    syabas dan tahniah dari saya..

    anda memang berbakat besar dalam penghasilan sajak siber..

    teruskan berkarya

    ReplyDelete
  2. salam dila...
    wahh,dah dpt pujian dr ckgu...
    mmg menarik sgt saak dila nie...
    tersentuh ati akk...
    kite same2 merindukan seseorang yang bergelar "ayah".
    al-Fatihah ke atas mereka semua.

    ReplyDelete
  3. Salam,,di sini Jan nak bagitau yang sekarang ini Jan tidak lagi menggunakan norizzanni@blogspot..com.my sebaliknya jan menggunakan izzannie90@blogspot.com.my.Kawan-kawan dan Cikgu Nasrol boleh menaip terus kat http://izzannie90@blogspot.com.my (BAHASA LAMBANG JIWA ANAK BANGSA).Jan nak minta maaf atas sebarang kesulitan kerana Jan ada masalah dengan blog lama.Diharap cikgu dan rakan-rakan sekalian akan membantu Jan dalam usaha kita menambah ilmu bersama-sama..sekian..

    ReplyDelete