Saturday, July 31, 2010

pembentangan

Alhamdulillah...
Lega rasanya setelah pembentangan dilakukan.Aku mewakili kumpulan sebagai pembentang.Kawan-kawan faham ke?
Nasib baik lah cikgu 'sporting'.Maaf ya cikgu kalau ada salah dan silap kerana ini merupakan pembentangan yang pertama.Jadi banyak lagi yang harus dipelajari dan perbaiki.
Tugasan seterusnya ialah membuat sajak atau sewaktu dengannya.Masalahnya ialah aku ni bukannya orang puitis atau pun seni.Walaupun pada hakikatnya aku suka akan sajak-sajak yang diilhamkan boleh menyentuh hati atau pun untuk motivasi dalam diri sendiri.Mungkin sedikit sebanyak ada kekurangannya.Tapi insyaAllah aku akan cuba sebaik yang mungkin.

Friday, July 30, 2010

Tesis..

Kami diberikan kumpulan untuk mencari tesis(sarjana) sebagai tugasan kursus pengantar penulisan untuk pembentangan kelas seterusnya.Alhamdulillah kumpulan aku memberi kerjasama yang baik.
Tesis?...Kadang-kadang aku terfikir adakah suatu hari nanti aku akan sampai ke tahap membuat sesuatu tesis?Bukankah membuat tesis itu apabila ingin mencapai peringkat yang lebih tinggi?Mampukah aku?
Aduh,banyak betul persoalan yang sedang bermain difikiranku!
Biarlah aku berusaha mendapatkan segulung ijazah terlebih dahulu kemudian baru memikirkan langkah yang selanjutnya.

Tuesday, July 27, 2010

Setelah sekian lama..

Tugasan yang ke-2 telah pun dapat.Menulis sebuah karangan yang tidak lebih daripada 1500 patah perkataan.Panjangnya!Tetapi akan ku berusaha sebaik mungkin.Sebenarnya aku agak janggal belajar subjek ini kerana hampir setahun setengah aku meninggalkan pelajaran ini.Otak ku pula rasa macam sudah berkarat apatah lagi hendak mengarang.Aku boleh dikatakan antara yang kurang berpengetahuan tentang subjek ini berbanding rakan-rakan ku yang lain kerana kebanyakan mereka sudah ada asas-asasnya aku pula sebenarnya sebelum ini dari Matrikulasi (aliran sains).Namun, itu bukan satu alasan aku tidak boleh berjaya.Oleh itu, masih banyak lagi ilmu-ilmu yang perlu aku timba.Selamat berjuang!

Thursday, July 22, 2010

hari pertama SBLM1023

Agak kepenatan sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke kelas ini setelah puas aku dan Biha menjelajah bangunan dari satu tempat ke satu tempat.Kami terpaksa ringankan mulut , bak kata pepatah 'malu bertanya sesat jalan'.
Kami berkenalan dengan rakan-rakan yang lain...Peramah!Teruskan usaha ya kawan ku..
En.Nasrol merupakan cikgu bagi subjek ini..Salam perkenalan('', '')!


Aku berasa amat bersyukur kerana jumlah bilangan pelajar hanya sedikit.Sekurang-kurangnya kami dapat belajar dangan selesa.
Tugasan pertama telah diberikan iaitu membuat blog.
Tapi entah kenapa blog aku pada mulanya tidak boleh nak masuk.Malah berkali-kali aku mencubanya tapi tidak berjaya.Geram!Tapi mungkin berkat kesabaran dan tidak putus asa akhirnya aku berjaya menghasilkan blog walaupun sedikit terlewat daripada orang lain.Tahniah pada diri sendiri!