Sunday, September 19, 2010

ulasan buku

PATAH SAYAP TERBANG JUA
SINOPSIS

Liza sanggup meninggalkan kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mengikut lelaki yang dianggapnya sebagai teman lelaki yang sejati.Bermulanya sejarah hitam apabila Liza kecundang dalam mempertahankan nafsu sendiri.Kalah dengan belaian Hisham hingga tergadai mahkota yang dijaga rapi.Keterlanjuran itu telah mengubah takdir Liza.Hidupnya smakin kelam apabila Hisham mempergunakan dirinya.
Namun, Allah masih menyayanginya.Menyelamatkan dirinya dari terus bergelumang dengan maksiat dan dosa.Sekurang-kurangnya 'universiti dunia' sudah mengajar Liza erti pahit,sakit,takut,suka,duka,indah,lara walaupun masih muda.Ada banyak ruang yang belum dijelajahi tetapi sedikit sebanyak dia sudah tahu yang mana satu bau onak dan yang mana satu bau hanyir.
Dirinya dilamar tanpa mengetahui siapakah lelaki tersebut...Sanggupakah lelaki itu menerima dirinya yang kotor?...Adakah pertunangan yang dibina akan terputus andai kebenaran itu terbongkar?...

OBJEKTIF PENULIS
  • Membuktikan kekuasaan Allah S.W.T
  • Ibu bapa adalah insan yang terbaik dalam hidup seorang anak
  • Menjadikan kisah ini sebagai pengajaran dan teladan tentang realiti kehidupan sekarang
  • Sentiasa berfikiran positif dan terbuka apabila berhadapan dalam pelbagai situasi
  • Setiap yang berlaku ada hikmahnya

PENGHAKIMAN

Buku ini wajar dibaca kerana terdapat pelbagai mesej yang cuba disampaikan oleh penulis.Banyak pengajaran yang terkandung dalam penceritaan ini yang merupakan realiti yang sering berlaku.Penulis berjaya menghidupkan watak dalam cerita ini sehingga saya berimaginasi seolah-olah ia adalah situasi yang sedang berlaku.Selain itu,pengolahan ayat yang digunakan mampu memikat pembaca.Penulis juga menimbulkan unsur-unsur suspen yang boleh menarik pembaca untuk mengetahui kisah selanjutnya.Tetapi, sepatutnya dalam penceritaan ini penulis boleh mengolahnya dengan lebih banyak lagi.

1 comment: